Friday, October 15, 2010

Aku kah gila, atau Kau kah yang gila??

Aku bilang ya, aku bilang ok, aku bilang boleh, aku bilang tak pa..
Kau bilang buat, kau bilang tambah, kau bilang salah, kau bilang kena..

Aku kata pening, aku kata tekanan, aku kata sudah, aku kata susah..
Kau kata boleh, kau kata senang, kau kata waktu masih ada...

Aku jahat, aku sengal, aku pemarah, aku kekwat...
Kau sentap, kau tak memahami, kau menghukum, kau tak peduli...

Aku terasa, aku bengang, aku sedih..
Kau marah, kau mengata, kau menyindir..

Aku memberi, kau tak mengerti,
Aku berbudi, kau melupai,
Aku tekanan, kau sedih sendiri,
Aku mencuba, kau menjauhi..

* kau itu berpangkat tinggi..
* tq kepada mak cik goffman, mak cik..ang trbaikkk, peduli apa kata orang, tak semua orang mengerti, tak semua orang mengetahui, yang orang tahu ter sentap sendiri...

Friday, September 17, 2010

TAJUK - ........

KEKADANG APA YANG KITA HARAPKAN SUKAR MENJADI KENYATAAN...
KEKADANG BERITA GEMBIRA YANG DATANG BISA BERTUKAR MENJADI BERITA YANG MENGECEWAKAN...
HATI MULA MENYALAHKAN TAKDIR DAN KETENTUAN..
TAPI TANPA KITA SEDAR, KITA JUGA SEBEGITU..
KEKADANG PERUBAHAN KEBAIKAN BISA MENJADI SESINGKAT DATANGNYA SUBUH HARI...
KEKADANG JANJI KITA PADANYA BISA BERTUKAR MENJADI PENIPUAN YANG SERING TERJADI..
BEGITULAH IRONINYA..
AKU MENGERTI TITIK2 HITAM DI HATI SUKAR DI BERSIHKAN..
TAPI AKU TETAP BERHARAP RAHMATNYA MENYIRAM HATI KU...
AGAR HATI KU BERSIH SEPERTI JANJI YANG BELUM AKU INGKARI..

Saturday, June 26, 2010

G.E.M.B.I.R.A

Hari itu hampir tiba..apa yg bakal tiba?? timbul pertanyaan itu darinya..aku terdiam..adakah perlu aku menjawab persoalan itu?? perlukah?? ahh..entahlah..itu yang terdetik dihati ku..yang penting kegembiraan itu bakal terbit didalam hari-hariku..hidup ku bakal terlepas daripada siksaan dan bebanan..aku juga bakal bebas dari insan2 yg sudah muak melihat ku..hahaha..(maklum lah dah menjadi kawanan lembu) aku ketawa sebentar mengenangkan apa yg telah berlaku..perlukah aku memohon kemaafan buat kali kesepuluh??? perlukah?? ahh..persetankan lah..asyik2 kesalahan itu ini dibuang ke atas aku..bosan2..aku bosan seketika kerana terdetik di fikiranku "mengapa aku perlu ingat kembali persahabatan yang telah bertukar menjadi sebuah pusara..pusara??? hahaha..gila..kini, aku nampak sinar kegembiraan nya..hati aku lebih gembira kini..kesabaran ku membuahkan hasil..hasil yang sangat menguntungkan buat aku..aku akan bebas tanpa perlu berfikir..bebas tanpa perlu di soal siasat..bebas tanpa memberi apa2 sogokkan..bebas tanpa menerima apa2 balasan..sebelum apa2 berakhir..aku ingin meluahkan pelbagai rasa terumanya kepada adik nazriq..sekiranya nazriq terbaca, ingat lah cinta kepada manusia terutamanya yang bukan darah daging kita, mungkin akan berkekalan tetapi tidak semestinya kita akan mendapat balasan yang sama..cinta kepada yang MAHA ESA yang membuatkan hati kita tenang n gembira secara kekal..hentikanlah kesedihan dan penderitaan yang nazriq rasa..bukan kerana kita miskin hina, bukan kerana ukuran rupa..ini adalah kerana jodoh pertemuan sudah ditentukan..seandainya cinta itu benar maka terima lah pada hari yang ditentukan dengan kegembiraan..Kepada kawan ku Ajiem..tenang..hehehe..aku mahu berbicara..hutang budi sukar dibalas tetapi hutang budi mungkin sudah terbalas tanpa kesedaran..menjadi kawan, bermakna tiadalah hutang diantara kita..pertolongan tidak mungkin bisa bertukar menjadi hutang kehidupan..seandainya,penjaga pintu surga tiada kompromi, aku sebagai kawan, aku akan menyatakan Ajiem agak layak untuk masuk..hahahahah..beranganlah entah2 aku pun penjaga itu sudah berteriak dari jauh "jgn berangan lah kau"..hahahaha..kepada yang paling menyayangi aku dan paling beharga didalam hidup ku.(taqriz..hehehe)..ah..tenang..sorang lg yg sukar dijangka..sering tersungkur di mana2 jalan yang menjadi pilihan..tidak..tidak benar..kejayaan tidak semestinya dijamin kini..kejayaan adalah rezeki..selagi kita berusaha kejayaan akan makin mengampiri kita..cinta yang telah dijalinkan tidak mungkin putus atau pudar, biar pun di simbah dengan pelbagai kata2 atau hujahan yang ada..tidak mungkin padam baranya, biarpun maut datang menjemput salah satu roh yang dipinjam seketika..tidak mungkin cinta itu pupus selamanya..tetapi cinta itu akan abadi selamanya..kepada kakak2..hehehe..hanya ucapan terima kasih boleh aku luahkan..kewujudan kalian menjadi penghidang kegembiraan kepada aku..kalian yang terbaik dari ladang..moo.moo.moo..hehehe..kepada yang lain2 (ya..anda yang membaca..) selamat maju jaya..hahahaha..nampak?? tidak??? hmm..itulah sinar kegembiraan yang bakal tiba.. ;-)..

Thursday, June 17, 2010

AKU TIDAK PEDULI KATA2 MU...

Kata2 itu yg kau ungkap kan..kata2 itu yg kau sebarkan..ada apa dengan adik beradik??..ada apa dgn kami semua..seandai kami di lupuskan daripada muka bumi ini,hati mu turut jerit kegembiraan..mengapa? kerana kami terlalu banyak menyimpan kenangan dan juga rahsia yg belum terungkap..kerana kami terlalu banyak kelebihan berbanding apa yg kau ada..ya..ingat itu semua datangnya daripada yg MAHA ESA..sewaktu kau dan keluarga dalam kegelapan aku cuba datang membawa cahaya..sewaktu kau menidakkan keluarga, aku cuba yakin kan..apa salahnya kau menjadi insan yg jujur di setiap sudut?? kami menerima, dengan apa adanya..kami menerima perbuatan kau - minyak yg telah kau simbahkan, tp mengapa menuduh tanpa mengetahui kebenaran..aku muak menulis ttng yg bernyawa, kerana tiada kesedarannya..aku muak menulis ttng perbuatan yg mungkin aku juga melakukannya..kerana aku juga banyak kelemahannya..tp cukup2lah mari kita sedar bersama n buanglah perbuatan yg durjana..mengapa sukar untuk mencapai kata2 kedamaian?.. kerana hati kita masih hitam dan berbisa..kenapa penulisan ku sering membuat kau emosi dan perasan? kerana kau yang masih menyimpan dendam itu..semalam aku tersentak dengan kelakuan ibumu, menjerit2 tanpa mengetahui segalanya, kau simbah hatinya dengan kemarahan dan penipuan..kau mmg mencabar kesabaran kami..kau menang!!! itu yg kau mahu??ya, terima kemenangan itu dengan hati yg hitam..dan terima hukuman itu di hari pembalasan..ingat Allah maha mengetahui segalanya..kami gembira, kemenangan kau tiada hadiahnya..

Friday, May 21, 2010

GAGAK YANG TERAGAK-AGAK

Perlukah aku menulis tentang seekor gagak?? perlukah coretan ini harus aku tujukan kepada gagak?? perlukah aku mengakui gagak itu merupakan sebahagian daripada pemikiran ini??GAGAK..berlegar-legar didalam kotak pemikiran ku..tentang mu, tentang perbuatan mu..kenapakah gagak?? tidak kah semua ini jelas didepan mata mu?? tidak kah terdetik di hati mu, najis mu sering membuatkan manusia-manusia menjadi mangsa dosa??mungkin sekiranya penulisan ini dibaca,terdetik di hati kamu,apa kejadahnya yang manusia ini coretkan??..kenapakah wajah mu "gagak" perlu muncul sentiasa?? tiada kekesalan dihati ku,menyelamatkan mu sewaktu angin meniup kencang dan keluarga mu jua turut terlibat di dalam perbuatan durjana mu itu..kerana aku juga jasad yang bernyawa yang pernah lalai dan melupakan kewujudan ku melalui yang maha esa..tp gagak, lihat lah hidup mu, keluarga mu, tidak terdetik kah dihati mu sebegini "kesian mak gagak perlu bersusah payah untuk anak gagak, sedangkan anak gagak suka menipu mak gagak"..tp aku tetap mahu memuji perbuatan mu yang sering diterima oleh keluarga mu..gagak, walaupun kau teragak-agak tetapi langkah mu tetap segak dan penuh dengan lagak sewaktu kaki mu memijak dunia yang penuh semak..semak dengan gagak2 seperti mu..aku bersyukur walaupun nasib ku tidak sebaik mu gagak, tp langkah ku masih kemas dan tiada timbul rasa kekesalan atas perbuatan baik ku..gagak, andai satu hari peristiwa dulu menimpa mu kembali,disini aku ingin ingat kan,setiap perbuatan PERLU ada balasan..(sekiranya anda bukan binatang,tolong jgn perasan coretan ini untuk diri anda)..sudah lah jangan lah kamu terus menyimpan syak wsangka itu, benar aku coret kan untuk binatang yang wujud di muka bumi ini..kejadian ini kerana taik gagak yang melekat di kereta ku..(hahahaha)
P/S: Tolong jgn emo setelah membaca kerana coretan ini aku tidak mahu menujukan kepada KAMU..coretan ini aku tujukan kepada G.AG.A.K

Tuesday, May 11, 2010

Kenangan di Cameron Highland

Dingin tapi tidak sedingin yang di gambarkan oleh dia..indah seperti yang digambarkan oleh dia..itu lah ciptaan Tuhan katanya..pertama kali aku ke sana, aku kagum keindahan yang tercipta..Cameron highland lah tempatnya..

















Monday, May 3, 2010

Biarlah begitu

Melafaskan rasa bahasa diantara pengagung kesyahduannya..

Menguntai kata diantara pencipta-pencipta kalimat
puitis berselaksa makna..

Kedataran bahasaku tak terbaca
Termakan penulisan maha karya mereka

Dan aku masih saja berteman dengan kedataranku
Pada pemikiran yang selalu buntu
Berpuisi dengan terus meminjam kata
Mengarang kata tak seindah mereka

Biarlah,
Mereka berkata kalimat-kalimatku tak beriring makna
Penyajianku hanya sebatas keluh jiwa

Biarlah..
Ku ramu serbuk-serbuk jemu
Ku tabur pada hatimu hingga bertunas rasa sebu
Meranggaskan muak pada pohon jiwamu

Ah,
Aku lelah mencuba hebat
Biar aku menulis mengikuti apa mauku
Aku tak mau batinku terus bergulat
Menutupi ketidakmampuanku

Maaf,
Ku masih saja meminjam kata-kata..


"Apa yang kita sebut alam… adalah puisi tersembunyi di balik tulisan rahasia yang menakjubkan; jika kita dapat memahami rahasia itu, semestinya kita mengenali di dalamnya pengembaraan batin manusia yang dalam keterpanaan menanggalkan waham dirinya saat mencari diri." -
"Ernst Cassirer"

Saturday, May 1, 2010

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Salam..eh,dah tahu kewujudan blog aku?? sakit hati??? tak perlu..kerana apa??? pertama: kata2 ku tidak sebagus kata2 mu..kedua: ayat2ku tidak seperti ayat2 mu yang bisa menghiris hati ku..ketiga: penulisan ku ada kaitan dengan hidup mu..penulisan mu juga ada kaitan dgn hidup ku..keempat: penulisan ku merupakan penghinaan kepada mu..penulisan mu juga merupakan penghinaan kepada ku,malah kepada semua kawan2 ku..kelima: aku jahat..percayalah kau juga tidak kurang hebatnya dalam membuat komplot semasa aku mempercayai mu..keenam: penulisan ku telah menganayai mu tetapi ingatlah penulisan mu membinatangkan ku..walauapapun, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ini..sakit hati??? sejuta kemaafan ku pohon kan..tiada kesudian untuk memaafkan ku?? terpulang..haha..ingat lah kawan2 ku juga tidak sudi memaafkan mu..masih sakit hati?? masih menanti apa??? maka keluarlah..penulisan ku hanya disini seperti diari hidup ku..DIARI ..sekiranya perkataan itu belum bisa dimegertikan,maka..aku ungkit kata2 mu "blog aku ,aku punya suka la nak tulis apa"...ahhahaa..masih disini??? eh,susah sgt kah utk mengerti?? oh, mengapa aku menulis blog?? sedangkan aku pernah berkata aku tidak pernah menulis ttg diri mu, tidak pernah membalas hinaan mu..ini JAWAPANKU " kerana ku sangka kita sudah selesaikan persengketaan kita, maka aku menyimpan impian utk terus senyum dan melupakan segalanya, tetapi perbuatan mu yang terus menerus menyimbah minyak di api yang masih bersisa, membuatkan api itu marak kembali..ingat..penulisan dan keluahan ini wujud disebabkan oleh KAMU!!!!!..

Friday, April 30, 2010

UNTUK KAWAN2 YANG DIGELAR "K...K"




Salammmm...tiba2 terdengar kiriman salam yang menyapa lembut di telinga ku..aku melihat di luar jendela, "oh, sudah sampai k...k2", terdetik di hati ku..aku gembira, aku membuka lebar senyuman ku kerana mereka adalah kawan yang ku sayangi dari erti kata yang lain mereka merupakan adik2 ku..belum kata2 pembuka bicara keluar daripada mulut mereka, aku sudah terbahak2 ketawa melihat gelagat mereka..itu lah reaksi aku sentiasa apabila wajah mereka singgah di ruang fikiran ku..aku terus tersenyum dan ketawa, mereka seolah2 membawa kgembiraan dalam hati ku..tiba2 bencana datang menimpa, ku kira semua bencana ini datang angkara diri ku yang kedua tetapi tanggapan ku meleset sama sekali..Sebetulnya bencana ini datang daripada kokokan ayam betina, kenapa kokokan ayam betina??? tanya mereka..jawapan ku.."kerana kata2 mereka berbisa menjahanamkan kita semua, kerana kedengkian mereka terhadap ikatan yang telah kita bina"..Kami terdiam sebentar, kami berfikir, tiba2..."ha, kami tahu, kokokan itu adalah cerita yang mereka suka riuhkan"..aku ketawa walaupun hati ku perit mendengarnya..Aku mulakan bicara semula, "biarkan lah lah.." mereka menyabung.."biarkan??? eh,gerammmm", aku mula menyimbah minyak di api.."kurang ajar betul ayam2 tu".."apa lg yang belum puas n apa yang harus dilakukan utk memuaskan nafsu mereka yang tgh membara itu???"..iyaa..kami mendapat jawapan dan jalan untuk itu.."kita cetuskan perang" aku ketawa lg..aku menyatakan ada jalan nya,mereka mahu kita membalas kokokan mereka agar mereka dapat menggambarkan situasi dimana kita menganayai mereka..maka wujud lah blog ini..(hahahaha) aku menyambung ketawa ku ini..

Tuesday, April 27, 2010

Ya kami berdosa tp mulia kah mereka??

Aku terbaca keluhan dan tuduhan yang dilemparkan kepada kami..adakah benar tuduhan itu? luaskan minda anda sebelum memahami apa yang ingin aku coretkan.. Tuduhan pertama: Kami suka sebarkan cerita yang tidak nyata (fitnah), fitnah kah semua itu? TIDAK sama sekali kerana memang sudah menjadi santapan mereka bercerita tentang kami yang kononnya tidak normal di alam nyata ini..SEBARKAN? TIDAK sama sekali kerana kami sudah mengetahuinya dan mereka sering buruk sangka kepada kami sedangkan kami belum menyebarkan cerita mereka..Tuduhan kedua: Kami menganayai mereka? TIDAK kerana mereka yang suka membenci serta menghina orang lain, mereka menyatakan rasa tidak puas hati serta kebencian mereka kepada orang yang tidak berdosa..Tuduhan ketiga: Kami suka menipu: Mungkin ya dan mungkin tidak, ini kerana mereka menyoal siasat orang yang terpaksa menipu mereka kerana mereka menyalahkan kami sedangkan mulut mereka mengeluarkan cacian di belakang kami.Mereka juga pernah mengakui yang mereka juga telah menipu kami..Tuduhan keempat: Kami (salah seorang) yang suka melebih-lebih sedangkan tiada kaitan dengan perjuangan kami (salah seorang) itu: Mungkin ya, tetapi bagaimanakah dengan kawan2 mereka yang juga menyibuk dan melebih-lebih menulis berkaitan dengan hal ini??? adakah anda bagus dan tidak melebih-lebih (renung2kan lah)..perangai anda yang suka menyibuk dan suka mendengar cerita daripada sebelah pihak menunjukkan anda suka menyibuk hal kami.. Kesemua tuduhan telah mereka lemparkan kepada kami, tetapi tidak kah mereka tahu bahawa kami tidak melakukan perkara itu semua..siapa yang gemar bercerita tentang kami??? MEREKA!! siapa yang gemar menuduh serta buruk sangka tentang kami??? MEREKA!! siapa yang gemar membenci orang lain??? MEREKA!!..patutkah mereka yang dikurniakan akal dan fikiran, boleh bertindak sesuka hati menuduh KAMI menganayai MEREKA?? Menuduh tanpa usul periksa, menuduh tanpa bertanya..KAMI lelah atas apa yang berlaku maka KAMI memutuskan untuk memohon maaf agar amanlah hidup MEREKA serta hidup KAMI tetapi keihklasan KAMI menjadi ukuran..maka apa yang ingin KAMI perkatakan adalah MEREKA atau ANDA bukan lah tuhan untuk mengukur keihklasan KAMI..

Monday, April 26, 2010

BOGEL KAH MEREKA???






Kita suka menulis tentang KITA, tentang KAMI, tentang MEREKA..menceritakan tentang KITA, tentang KAMI dan tentang MEREKA..hasil karya KITA dan penceritaan KITA menunjuk kan siapa diri KITA sebenarnya..SEKIRANYA penulisan kita baik maka baik lah kita..SEKIRANYA penulisan kita bakal mengguris hati mereka maka kita juga sebenarnya mengguris hati kita sendiri, ini kerana setiap apa yang kita tulis, kita mendedahkan identiti kita sendiri..Maka KITA, dan juga MEREKA tidak sepatutnya membogelkan diri sendiri untuk menunjukkan kelemahan diri..TAPI seperti kata MEREKA "ada aku kisah" maka KITA dan MEREKA tetap menulis dan saling mengHINA, menCACI antara satu sama lain..Maka yang bernama KAMI terpaksa menyahut cabaran serta menidakkan HINAAN serta CACIAN daripada MEREKA..Maka selepas ini akan KAMI berJUANG agar tidak di HINA serta di CACI lagi oleh MEREKA yang bergelar ...



PERJUANGAN K.A.M.I. BELUM SELESAI..