Sunday, April 24, 2011

DRAMA BESPA..

Kehidupan ini adalah ketentuan ilahi, tiada siapa yg mampu mempertikaikan kejadian Nya..apatah lagi sekiranya kejadian itu bukan lah normal seperti yg diharapkan..okey, aku amat memahami kejadian seperti itu, tetapi aku tetap mempersoalkan adakah kejadian yang kurang normal itu dinamakan cacat? salah kah di lahirkan menjadi manusia yang kurang normal?? ini jawapan nya...selamat menyelami drama2 ini..

* pada suatu subuh yang begitu dingin aku menerima mu sebagai kenalan, kemudian pada subuh hari maka menjelanglah tengah hari aku menerima mu sebagai kawan daripada seorang kawan, kemudian malam menjemput siang hari untuk melabuh harinya aku menerima mu sebagai teman tanpa mengira apakah bangsa mu, apakah jantina mu, apakah latar belakang mu dan juga tidak aku mempersoalkan kamu dari golongan yang bagaimana..kerana apa? kerana aku juga tidak sempurna pada pandangan mu..beginilah bermulanya dan begitulah pengakhirannya seorang teman yang bergelar bespa...

bespa: Assalamualaikum...
aku:    Waalaukummussalam...(bagusnya budi bahasa budak ni)
bespa: Terima kasih kerana tolong saya..saya sebenarnya....
aku:    Tak pa, tiada siapa yang perlu menerima kawan yg sempurna..aku menerima saja siapa pun
          tanpa mengira kau adalah perempuan atau lelaki..
bespa: Saya bukan mcm tu, saya ..
aku:     opssss, tak pa..kitakan kawan tak perlu lah nak malu2 (tetapi bespa berkata dengan bangga, adakah
           aku yang kurang mengerti? dia bangga lah oiii)
bespa: saya ada kekasih..(terbeliak mata aku melihat gambar yang ditunjuk kan oleh bespa, wow, sangat
          cun kekasihnya itu)
aku:    bagus lah (jawab ku ringkas, tanda menerima bespa sebagai teman tanpa banyak persoalan)

Maka semua sudah terjawap pada ku, inilah kali pertama pada pandangan aku kepada seorang manusia yang hebat sebagai seorang wanita mahupun sebagai seorang lelaki..pada masa itu aku sangat terpegun walaupun nampak salah di sisi agama, jelas kelihatan perasaan bangga yang menggunung ada pada seorang manusia..tetapi bukan niat aku mahu menegakkan benang yang basah..aku cuma tidak mahu menyalahkan pilihan serta tindakan manusia lain, kerana aku juga bukan yang benar dan baik seperti tuntutan itu..
Hari berganti hari, begitu juga kiraan bulan di dalam tahun ini..kawan juga semakin berganti, tetapi bukan pada ku..aku tetap menjadi kawan yang sama tanpa diganti, tetapi pada hari ini, aku akhirnya tetap disingkirkan dan juga diganti..oh, begitu rupanya menjadi kawan kepada bespa..ada tarikh luput rupanya..

bespa: kau dah tersingkir pada minggu ini, sorry lah coz i x perlu berkawan seperti diva mcm kau kerana aku
          lah yang paling diva... 
aku:    ha? aku tak mengerti lah, apa aku buat?? (dengan perasan yang cnfdnt aku tak bersalah, hahaha)
bespa: sudah jgn dok meraih undi kesian dr saya, saya dah tahu semuanya..
aku:    ha? ha? ha? kuat sentap lah..jgn buruk sangka..
bespa: bukan saya yang buruk rupa, kau lah
aku:    ha? ha? kau ni pekak ke? jgn buruk sangka..
bespa: huh, saya tidak peduli, get lost..
aku:    ok2 (aku mcm orang bodoh, kata bespa aku ni x mau berterus terang, tu lah orang melayu..ya bespa,
          aku tidak seperti mu, aku memang orang melayu yang masih menjaga hati kawan, kerana itu aku masih
          menjaga hati kau, memang aku melayu, kau tu apa? bangsa apa? bangsa p...?)
bespa: puas ati aku, aku diva..kau n kawan2 kau tersingkir!!!!!!!
aku:    tiada kesan sampingan

Pada ketika ini, semakin jelas lah pada ku, manusia itu kebanyakkan nya memang kurang normal, tetapi itu bukan yang perlu kita hairankan dan perlu kita ungkitkan, tetapi kelakuan serta budi bahasanya yang perlu kita mempertimbangkan dan kita perlu amati, agar manusia itu tidak mampu lagi menunding jari kearah ku dan berkata itu lah kawan ku...

* ha? siapa kau??? pernah kenalkah???

No comments:

Post a Comment