Friday, May 21, 2010

GAGAK YANG TERAGAK-AGAK

Perlukah aku menulis tentang seekor gagak?? perlukah coretan ini harus aku tujukan kepada gagak?? perlukah aku mengakui gagak itu merupakan sebahagian daripada pemikiran ini??GAGAK..berlegar-legar didalam kotak pemikiran ku..tentang mu, tentang perbuatan mu..kenapakah gagak?? tidak kah semua ini jelas didepan mata mu?? tidak kah terdetik di hati mu, najis mu sering membuatkan manusia-manusia menjadi mangsa dosa??mungkin sekiranya penulisan ini dibaca,terdetik di hati kamu,apa kejadahnya yang manusia ini coretkan??..kenapakah wajah mu "gagak" perlu muncul sentiasa?? tiada kekesalan dihati ku,menyelamatkan mu sewaktu angin meniup kencang dan keluarga mu jua turut terlibat di dalam perbuatan durjana mu itu..kerana aku juga jasad yang bernyawa yang pernah lalai dan melupakan kewujudan ku melalui yang maha esa..tp gagak, lihat lah hidup mu, keluarga mu, tidak terdetik kah dihati mu sebegini "kesian mak gagak perlu bersusah payah untuk anak gagak, sedangkan anak gagak suka menipu mak gagak"..tp aku tetap mahu memuji perbuatan mu yang sering diterima oleh keluarga mu..gagak, walaupun kau teragak-agak tetapi langkah mu tetap segak dan penuh dengan lagak sewaktu kaki mu memijak dunia yang penuh semak..semak dengan gagak2 seperti mu..aku bersyukur walaupun nasib ku tidak sebaik mu gagak, tp langkah ku masih kemas dan tiada timbul rasa kekesalan atas perbuatan baik ku..gagak, andai satu hari peristiwa dulu menimpa mu kembali,disini aku ingin ingat kan,setiap perbuatan PERLU ada balasan..(sekiranya anda bukan binatang,tolong jgn perasan coretan ini untuk diri anda)..sudah lah jangan lah kamu terus menyimpan syak wsangka itu, benar aku coret kan untuk binatang yang wujud di muka bumi ini..kejadian ini kerana taik gagak yang melekat di kereta ku..(hahahaha)
P/S: Tolong jgn emo setelah membaca kerana coretan ini aku tidak mahu menujukan kepada KAMU..coretan ini aku tujukan kepada G.AG.A.K

Tuesday, May 11, 2010

Kenangan di Cameron Highland

Dingin tapi tidak sedingin yang di gambarkan oleh dia..indah seperti yang digambarkan oleh dia..itu lah ciptaan Tuhan katanya..pertama kali aku ke sana, aku kagum keindahan yang tercipta..Cameron highland lah tempatnya..

















Monday, May 3, 2010

Biarlah begitu

Melafaskan rasa bahasa diantara pengagung kesyahduannya..

Menguntai kata diantara pencipta-pencipta kalimat
puitis berselaksa makna..

Kedataran bahasaku tak terbaca
Termakan penulisan maha karya mereka

Dan aku masih saja berteman dengan kedataranku
Pada pemikiran yang selalu buntu
Berpuisi dengan terus meminjam kata
Mengarang kata tak seindah mereka

Biarlah,
Mereka berkata kalimat-kalimatku tak beriring makna
Penyajianku hanya sebatas keluh jiwa

Biarlah..
Ku ramu serbuk-serbuk jemu
Ku tabur pada hatimu hingga bertunas rasa sebu
Meranggaskan muak pada pohon jiwamu

Ah,
Aku lelah mencuba hebat
Biar aku menulis mengikuti apa mauku
Aku tak mau batinku terus bergulat
Menutupi ketidakmampuanku

Maaf,
Ku masih saja meminjam kata-kata..


"Apa yang kita sebut alam… adalah puisi tersembunyi di balik tulisan rahasia yang menakjubkan; jika kita dapat memahami rahasia itu, semestinya kita mengenali di dalamnya pengembaraan batin manusia yang dalam keterpanaan menanggalkan waham dirinya saat mencari diri." -
"Ernst Cassirer"

Saturday, May 1, 2010

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Salam..eh,dah tahu kewujudan blog aku?? sakit hati??? tak perlu..kerana apa??? pertama: kata2 ku tidak sebagus kata2 mu..kedua: ayat2ku tidak seperti ayat2 mu yang bisa menghiris hati ku..ketiga: penulisan ku ada kaitan dengan hidup mu..penulisan mu juga ada kaitan dgn hidup ku..keempat: penulisan ku merupakan penghinaan kepada mu..penulisan mu juga merupakan penghinaan kepada ku,malah kepada semua kawan2 ku..kelima: aku jahat..percayalah kau juga tidak kurang hebatnya dalam membuat komplot semasa aku mempercayai mu..keenam: penulisan ku telah menganayai mu tetapi ingatlah penulisan mu membinatangkan ku..walauapapun, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ini..sakit hati??? sejuta kemaafan ku pohon kan..tiada kesudian untuk memaafkan ku?? terpulang..haha..ingat lah kawan2 ku juga tidak sudi memaafkan mu..masih sakit hati?? masih menanti apa??? maka keluarlah..penulisan ku hanya disini seperti diari hidup ku..DIARI ..sekiranya perkataan itu belum bisa dimegertikan,maka..aku ungkit kata2 mu "blog aku ,aku punya suka la nak tulis apa"...ahhahaa..masih disini??? eh,susah sgt kah utk mengerti?? oh, mengapa aku menulis blog?? sedangkan aku pernah berkata aku tidak pernah menulis ttg diri mu, tidak pernah membalas hinaan mu..ini JAWAPANKU " kerana ku sangka kita sudah selesaikan persengketaan kita, maka aku menyimpan impian utk terus senyum dan melupakan segalanya, tetapi perbuatan mu yang terus menerus menyimbah minyak di api yang masih bersisa, membuatkan api itu marak kembali..ingat..penulisan dan keluahan ini wujud disebabkan oleh KAMU!!!!!..